
Salam,
buatmu yg sentiasa diingati .
Hanya tinggal 5 jam lagi untuk hari ini berlalu. Hari ulang tahun kelahiran diri ini melihat dunia. Jika 20 tahun yg lalu diri ini tidak dilahirkan dari rahim yg sama, adakah kita akan bersama spt tahun yg sudah-sudah?
Mungkin jua ada baiknya jika kita tidak bertemu dan mengenali suatu ketika dahulu. Agar kamu tenang menjalani hidupmu tanpa ada yg mengganggu dan menggugat. Selama perkiraan ini, diri ini tidak mampu memberikan kebahagiaan untuk kamu.
Harus diketahui, diri ini bukanlah satu kesempurnaan. Kamu juga bukan sekadar keinginan. Tubuh ini bisa tua namun hati takkan pernah lelah, untuk menyanjungi kamu, untuk menyayangi kamu.
Maafkan perempuan ini kerana mencintai kamu. Maafkan perempuan ini kerana tiada mampu melepaskan kamu. Diri ini penat berhajat padamu yg tidak mengetahui. Diri ini jua penat menanti kasih sayangmu yg tidak terlihat lagi. Mungkin kamu benar, perempuan ini terlalu memaksa. Terlalu mengikat. Terlalu kesian.
Untuk berharap kita menjadi seperti pasangan bahagia yg lainnya?itu sgt mustahil.
Kini baru diri ini fahami mengapa kamu pernah berkata bahawa mencintai tak bermakna harus memiliki. Begitu juga hati tidak harus dipaksakan bila cinta mulai tawar. Diri ini mungkin mengerti suatu masa nanti bahawa hubungan ini sudah begitu lama sehinggakan kamu telah jemu terhadap perempuan biasa ini. Jika kamu merasakan perempuan ini sangat beerti buat kamu dan hidup kamu, tanyalah pada hatimu..di mana kamu bila diri ini memerlukan?
Sungguhpun begitu, terima kasih kerana masih sudi menerima diri ini. Maafkan perempuan yg tidak sempurna ini. Selamat Ulang Tahun kelahiran buat diri ini. Semoga tiada lagi yg menyakiti.Barakallahu fi Umrina..
Ana Nadiah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan