28 Disember 2011

Dedication

Pengorbanan..semoga kamu akan berbunga keberhasilan.

Demi kamu, aku takkan menjadi aral yang melintangi jalan bahagiamu.
Demi kamu juga, aku takkan menjadi duri tajam yang melukai tubuh gagahmu.

Dan kamu perempuan, semoga lakon layarmu tidak lagi menghancurkan manusia sekalian.
Air mata, kudrat wanita, masa depan, cinta dan bahagia, hari tua juga tangga-tangga untuk ke syurga..
Semua itu ku serah padamu. Semoga kau tahu cara untuk menghargai dan menikmati.
Bukan mudah untuk aku miliki semua ini, habis berpenggal hampir sedekad yang telah aku pertaruhkan.
Dihujung celik matamu, ingatlah bahawa ketika kamu bahagia, ada yang sedang terluka.


Bukan aku yang memulakan kisah duka ini, dan bukan aku yang sepatutnya mengakhiri semua ini. Namun setiap perilaku punya batas yang menunggu . Dan timbang rasaku telah luput ditelan waktu. Tersenyumlah dengan ganjaran usaha kamu.

∴Tahniah tahniah tahniah∴

Tiada ulasan:

Catat Komen