29 April 2011

Isterimu bukan kulimu --


Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him. Near his heart to be loved by him.


Seorang lelaki adalah pelindung bagi seorang wanita. Lelaki buat wanita ibarat mega yang meneduhi insan daripada panahan sinar mentari. Lelaki dan wanita saling memerlukan. Lengkap-melengkapi antara satu dengan yang lain. Hawa lahir dari tulang rusuk kiri Adam. Wujudnya Hawa kerana rindu dan sepi Adam. Jelas! Lelaki perlukan kelembutan dan mawaddah wanita. Wanita perlukan kekuatan dan semangat lelaki.

Jangan sesekali memperlakukan isterimu seperti seorang kuli. Dia bukan orang suruhanmu. Dia bukan hamba abdimu. Jasadnya telah dititipkan kepadamu untuk dijaga kebajikannya sebagaimana orang tuanya menjaganya suatu masa dahulu.

Ingatlah wahai lelaki, hati isterimu bagaikan kaca. Jernih setulusnya namun rapuh dan mudah pecah. Bernikah adalah impian seorang wanita secara fitrahnya. Ingin disayangi dan diperduli, bukan dikasari mahupun diperintahi. Suami, kamulah penentu masa kelak mereka.

Wahai isteri, kunci syurgamu ada pada suamimu. Taati dan patuhi dia selagi mana ia selari dengan tuntutan syara'. Jangan mudah terasa hati, dialah insan terpilih yang akan menyambutmu dipintu syurga. Pahatlah dalam ingatanmu isteri, suamimu didunia adalah suamimu diakhirat.

Wahai suami masa depanku, kau tahu aku mengharapkanmu - atz

'' Ya Allah, mungkin dia adalah bebayang sedekad masa lalu, mungkin dia juga penyimpan patri bangunan jasadku, dan mungkin dialah pemilik tulang rusukku. Ya Muhaimin, satukan kami sebagai suami dan isteri, dan temukan kami ditaman syurgaMu nanti. Perkenanlah Ya Allah..''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan