28 Disember 2011

Dedication

Pengorbanan..semoga kamu akan berbunga keberhasilan.

Demi kamu, aku takkan menjadi aral yang melintangi jalan bahagiamu.
Demi kamu juga, aku takkan menjadi duri tajam yang melukai tubuh gagahmu.

Dan kamu perempuan, semoga lakon layarmu tidak lagi menghancurkan manusia sekalian.
Air mata, kudrat wanita, masa depan, cinta dan bahagia, hari tua juga tangga-tangga untuk ke syurga..
Semua itu ku serah padamu. Semoga kau tahu cara untuk menghargai dan menikmati.
Bukan mudah untuk aku miliki semua ini, habis berpenggal hampir sedekad yang telah aku pertaruhkan.
Dihujung celik matamu, ingatlah bahawa ketika kamu bahagia, ada yang sedang terluka.


Bukan aku yang memulakan kisah duka ini, dan bukan aku yang sepatutnya mengakhiri semua ini. Namun setiap perilaku punya batas yang menunggu . Dan timbang rasaku telah luput ditelan waktu. Tersenyumlah dengan ganjaran usaha kamu.

∴Tahniah tahniah tahniah∴

21 November 2011

Jauh Terpisah

Keluh kesah memadam derita
Hati gundah dalam mentafsir rasa
Masa terus cemburu buta
Dan aku cuba menegak benang yang basah
Meski sedar semuanya sia sia

Begitu wanita jadi permainan cinta
Diselindung wajah yang penuh dusta
Bermegah dengan selimut nista
Janji setia dari si jantan perkasa

Julanglah citamu tinggi ke langit angkasa
Bawa bersama hujung pangkal cerita
Sudahi mimpi burukku dengan jalan pemisah
Teruslah berlalu bersama harapan yang patah..

28 Mei 2011

Cabaran:Hari 5 [ Qada Version ]

Assalamualaikum ..

Hari ni dah masuk 3 hari aku tak berbelogg. Means dah 3 hari jugak cabaran aku tak tersahut. Jadi aku wujudkan qada version aku sendiri. Heheh

CABARAN Hari 5 : SIAPA YANG ANDA SUKA DAN KENAPA ANDA SUKA DIA


Siapa dia? Of course lelaki. Aku kan gay.HAHA
Aku suka dia dah lama. Agak lama sampaikan dia rasa perasaan suka tu mcm common la bagi dia.
Korg paham tak?? 7 years you know. Suka means nothing to him laa. So sad -__-

Aku kenal dia setat aku masuk form 1 lagikk. Time tu dia transfer dari sekolah lama dia sbb nakal sgt. Macammana kenal? Aku dan dia stay asrama. Sweet tak?sweet tak? Mesti ada yg kata cinta mongett kan.HAHA. Suka hati korg laa ~

Aku tak tahu the ways tuk describe diri dia..Simply, dia tua setahun dari aku. Sekarang dia pun siswa dekat salah satu IPTA. Yes, aku stalk life dia! Teruk tak aku?HAHA. The thing ppl should know ‘bout him is dia akan dptkan apa yg dia mahu smpai dpt.DONE!

Kenapa aku suka dia? Entahlahh. Suh dia jawabb :)

24 Mei 2011

Selamat Ulang Tahun :D

Kapas senja dilangit jingga
Langit menua lembayung tertawa
Setulus kalimat serumpun doa
Untukmu belahan jiwa adinda

Ya Allah,
Tegarkanlah hatinya saat cubaanMu menerpa Teguhkanlah semangatnya tika mudaratMu menimpa

Tuhanku Rabbul Izzat,
Leburkanlah segala sengsara dari panas bahangnya
Jernihkanlah kelodak seksa dari santapan jiwanya

Ya Rahman Ya Rahim,
Izinkanlah hati yang sangat halus ini tidak pernah merasa tersakiti
Izinkanlah hati yang rentan ini tidak pernah merasa terkhianati
Supaya terlihat nikmat yang dikurniakan
Supaya terpahat syukur yang dilupakan

Virus Mea,
Semoga Allah Melindungi jasad dan Ruhmu,
Semoga keberkatannya sentiasa mengiringi jalanmu,umurmu yang panjang juga nyawamu yang masih dikandung badan..
Selamat bertempur pada hari yang mendatang..
Semoga selamat dari segala keburukan..
Virus Mea,
Ikatlah hatimu pada keteguhan yang satu
Jangan dicambah tunas yang menyeksa
Jangan dicantas pucuk yang bahagia..

Harapan ini hanya kutuju buatmu suami masa depanku,pemegang kunci syurgaku.
Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke 21.

Semoga hari ini lebih baik dari hari yang sudah..
Uhibbu anta daiman A.S.A --





Cabaran:Hari 5

PERKARA YANG ANDA BENCI TERHADAP PPUAN/LELAKI

Pemilihan bukan satu perundangan. Jadi aku pilih both of them.

Things i hate 'bout the boys.

1. Cheating atau dalam BAHASA is Curang!

Aku paling benci tahap bima sakti bila lelaki curang. Girls pun mcm tu ok. Tapi sebab aku bukan jenis ppuan curang, jadi boys la yg jd sasaran. Sorry to say tapi kpda lelaki yg curang or perna curang tu sedar diri la k. Bikin panas baii . Sekali kau buat dgn aku, pegi berambus la. Barang depan mata jgn sia siakan bro. Nt adik2 or kakak2 lu kena buat mcm lu buat baru lu tau tinggi rendahnya langit tu.

2. Lying and keep lying atau translationnya is Tipu tipu lagi.

Haaaish..ini lagi aku pantang. Kau buat ppuan percaya yang kau cinta mati sama dia. But then? Kau tipu tipu tipu sampai muka kau pun da ada cop penipu. Common la boys, kalau sekali dua kau buat its ok. Tapi kalau betahun kau buat, kau rasa kau tak patut lagi kena panggil penipu ehh??Dalam situasi mcm ni, wajarla kalau girls susah nak percaya you all lagi. Malu la bro.. Buat salah pastu tipu, lastly ketahuan. Mau letak mana baii muka lu? Tak tahu la kalau you all jenis tak tahu malu kan kan.

3. Promise you or in Malay abang janji..whoa!

Janji tinggal janji. Kalau da penipu tu kan, mana la ada janji yang betul. Semua palsu belaka la. Kesian girls yg mengharap pada janji you all tu. Mulut manis, depan mata pijak semut pun tak mati. Eh, kalau setakat janji nak beli kan kek bday tu its ok la kalau xtunaikan. Tapi ni janji setia beb. Janji takkan tipu beb. Tapi mana?? Lidah becabang baii..nak ke disama kan mcm binatang? Kita sebaik2 kejadian, jgn sampai tingkah laku kita menyerupai binatang. Paling teruk lagi kalau sama dgn org munafikk. Lu pikirlah sendiri.

4. Let’s get together in Indonesia is Yuk jadian langsung pacaran!

Boys, kau couple sana sini semua kau janji. Kau yang mulakan sesuatu perhubungan then kau tak hargai. Satu tak cukup ke baii? Kenapa lelaki tak pernah puas? Padahal nafsu cuma 1.

P/s : Kepada lelaki yang takde langsung ciri2 kat atas ni, jangan terasa hati ok. Ini utk kaum2 you yang tak tahu erti syukur. Ustaz aku kata, hukum karma is balasan setimpal yang memberi kesan kepada kehidupan selepas mati nanti. Jadi bro lu muhasabah diri la bro. Da cukup baik kalau awek lu masih terima lu selepas apa lu buat walau semua kawan2 dia kata dia bodoh. Lu kena pikir bro. Kalau lu tinggal awek lu semata mata utk bersama ppuan lain, lu la yg sepatutnya dpt title bodoh bro.END~